Langkawi


Sebenarnya aku dah lama tak jenguk Koksei aku ni. Ntah la.. malas kut. Nampak gaya mcm aku ni lebih suka baca blog org drpd buat blog sendiri (walaupun untuk syok sendiri... hmmm..) Tak apa laaaa. Ini cuma aku nak catat 'program cari penat' yg dibuat olh sklh aku ke Langkawi beberapa hari lps sempena cuti raya Cina. Second boss aku tu, kakinya suka berjln2 (aku rasa kalau nak berlari tu pyh skit sbb perutnya borrrr...i, cam perut aku..) tlh merancang dr taun lps lg nak gi Langkawi dgn staff2 yg lain. Objek utama shoping( ni agenda utama org pmp) pinggan-mangkuk, kain batik dll. Second obj jalan-jalan cari penat....

Ikut jadual, bas akan bertolak dari sekolah pd pkl 9.00 mlm tpt. Jadi disbbkan aku ni duk jauh (beribu2 batu di atas dan tepi jln) maka aku memaksa diriku dan keluargaku utk turun dr rumah awl2 lg. Maka hasilnya keluarga akulah yg paling terawal smpai kt sklh +- 7.00 ptg/mlm. Huh smgtnya!! Nasib baiklah bilik aku besar. anak aku siap berkejar-kejaran lg dgn sepupunya merangkap pengasuhnya yg djh 6 taun ni. Apatah lg ada aircond. Lagi best. Maklum la makmal komputer. Pas Maghrib, makin ramai yg sampai hinggalah masuk waktu Isyak...

Semua dah tak sabar lagi nak naik bas (untuk tidur..), sampai pkl 9.00 , 9.30, 10.00.. bas tak sampai2. Chief Dimission aku dah kelam (tapi tak kabut sgt) call bas (driver laa). Rupa2nya tayar pancit (ye ke?). +- 10.30 bas sampai.. maka bermula aksi2 stunt yg tak stunt untuk mndptkan singahsana yg berkenan di hati (tmasuk aku laa). Dah dpt tmpt utk keluarga aku, satu aku tanda utk aku dgn beg, maka turunlah aku yg lurus bendul ni ke kereta utk mengangkat peralatan2 jln2 ke tmpt simpanan bas. Dah siap, naik.. Apa jadi????

Beg aku duk atas lantai, org lain dah duduk tmpt bersemayam aku dan yg paling tak bestnya, takde tmpt duduk kosong!!!! Camno ni chief? Kata tmpt duduk ckup2 dlm pdaftarn, alih2 tak ckup. Maka setan, jin iblis mulalah mengamuk (dlm otak aku). Mare la tu...Rupa2nya ada yg ambil lebih tmpt duduk. Huh! Suka ati dia jerrr. Bw ramai, daftar c kit. Apa laaa. Walau apa pun, hilang mengantuk aku. Jd aku sembang je dgn driver bas.. Bas berhenti 2x. Satu kt Tanamera dan satu lg kt..... ek eleh lupa lak. Lagipun lps Tanamera tu aku tdur sampai ke Kuala Perlis.

Blm smpai di jeti lg, tp bas berhenti di sebuah masjid yg aku pun lupa juga namanya (sbb x terfikir nak tulis dlm ni) kalau tak aku dak ambik gmbar signboard masjid tu. Target masjid yg bas tak biasa berenti dan tak ramai org. Cari tandas, jumpa tp tnds lelaki x jumpa suis. Jd aku bantai mandi dlm gelap je. Kebetulan ada sebuah lg bas kecil berenti, aku tgk tulis MAIK. Mungkin sewa atau staff dia x tau la. Tp ramai bebudak pmp. Bdk sekolah kut.. Masuk waktu, maka kami sembahyang Subuh berimam. Tak ada sebutan penuh Bismillahirrohmanirrohim, cuma bismi shj untuk Al-Fatihah dan surah lazim. Tak ada qunut dan tak ada sujud sajdah. Slps slm maka ada 2 org (dari group bas MAIK) membuat sujud sahwi. (Cerai dari imam kut) Ntah lah.. bagi aku semua tu sunat aje dan tak wajar utk bercerai dr imam. Mungkin masing ada pandangan dan ilmu masing2Aku ni org jahil jeee (kes mls la tu.. huh dasar tua tak sedar diri!!!).

Selesai, naik bas, terus ke jeti dan terus naik feri +- 7.15 pg. Maka bermula perjalanan sebenar jln2 cari letih..Dalam feri pun muka2 masih mengantuk dipamerkan dengan sepenuh hati. Ada yang sambung tdur, ada yg teringt lembu kt kg, ada yg rindu kt bini muda?, dan yg tak bestnya ada yg tak dpt tmpt duduk... tmasuklah aku... hu hu hu.

Sampai di Jeti Kuah dlm 8.30 pg. smgt dah naik.. nak gi bilik utk mandi/sambung tdur. Tapi kena gi makan dulu sbb perut dah lapar!!!!! Pastu..... Tengok gambar jelah. Aku dah mls nak tulissssss.. ngantuk nak tidur....
Hu hu, sedey, feri kecik. Tak dapat seat. Bertinggung pun jadi laa..
Muka-muka mengantuk yang penuh sexy dipamerkan oleh peserta2. Yang paling sexy, nun yang pakai 'cap' oren....
Sasaran pertama, kedai Gamat... Hoh, pinggul sapa yang sexy sangat tuh?
Ibu-ibu gamat yang telah dimumiakan
Posing dengan muka yang cerah dan beseri sebab nak naik kereta kabel lepaih ni
Alamak gayatnya aku... kalaulah....... itu, kalaulah......... ini, kalaulah ....... kalaulah... kalaulah waaaa waaaa waaaa
(berapa x mau kalaulah laaa.... tak baik pk bukan2 tau! Dasar penggayat!)
Anak aku yang lasak dan anak buah yang gayat - siap buka kasut -
panas kaki le tu.. kena menapak naik tangga.. huh padan muka. Sapa suruh ikut aku?


Kelaparan selepas mengalami kengerian menaiki kereta kabel.
Errr sapa yang pakai baju No2 tu? Cam buat kiasan kat bini je.......?


Di dalam bas yang disewa khas di Pulau Langkawi. Objektif dah tercapai. Jalan-jalan kali ni memang betul meletihkan........
Tengok le yang belakang sekali, siap tutup muka lagi. Sedey le tu kut...... coz hilang lemak skit ari ni......

Template by:
Free Blog Templates